dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Padang Besar Selatan, Perlis
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Kenali Bunyi Haiwan bersama Tabika KEMAS Padang Besar (s)

18 Januari 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 17 Januari 2018, Pusat Internet 1 Malaysia Padang Besar Selatan telah mengadakan Kelas Kenali Bunyi Haiwan bersama Tabika KEMAS Padang Besar (s). Aktiviti ini telah diadakan di Bilik Latihan Pusat Internet 1 Malaysia Padang Besar Selatan. Tujuan aktiviti ini adalah untuk mengadakan pembelajaran secara interaktif menggunakan peralatan ICT kepada kanak-kanak tabika serta memberi pendedahan kepada kanak-kanak tabika menggunakan peralatan ICT.

Kelas dimulakan dengan tayangan video bunyi dan gambar haiwan tertentu. Peserta dikehendaki mengenalpasti dan mengajuk bunyi haiwan tersebut dan kuiz diadakan pada akhir sesi pemberlajaran bagi menguji daya ingatan peserta. Dengan aktiviti seperti ini peserta dapat menambah ilmu kerana pengetahuan tentang bunyi binatang dan penggunaan perkataan tentang bunyi binatang adalah perlu untuk meningkatkan kemahiran berbahasa dalam pendidikan awal kanak-kanak. Disamping itu juga, ianya dapat merapatkan hubungan silaturahim PI dengan komuniti dan dapat memperkenalkan PI dengan lebih dekat.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.